|
PETALING JAYA 12 April - Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama di
dunia mengeluarkan Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan (KPPK) yang memuatkan
pelbagai aplikasi kerajaan dan aplikasi pembayaran.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata,
projek itu adalah satu daripada tujuh aplikasi perdana yang dibangunkan di
bawah Koridor Raya Multimedia (MSC).
Menurutnya, KPPK memuatkan empat aplikasi kerajaan iaitu kad pengenalan, lesen
memandu, maklumat pasport dan kesihatan serta beberapa aplikasi pilihan seperti
MEPS-Tunai dan prasarana kekunci awam.
Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada majlis pelancaran
awal KPPK di Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha, Datuk Seri Aseh Che Mat dan
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Azizan Ayob.
Sebagai permulaan, katanya, KPP itu dikeluarkan di Lembah Klang dan akan
menggantikan kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) dan lesen memandu yang sedia
ada.
Beliau berkata, bagi kawasan di luar Lembah Klang, kerajaan telah melaksanakan
pengeluaran Kad Pengenalan Dengan Chip (KPTC) yang hanya memuatkan satu
aplikasi sahaja iaitu kad pengenalan.
KPTC, ujarnya, boleh ditingkatkan untuk memuatkan aplikasi-aplikasi lain
seperti KPPK apabila prasarana berkaitan dapat disiapkan pada pelaksanaan
peringkat nasional pada 2003.
Katanya, pelaksanaan KPPK akan dibuat secara sukarela dan tidak diwajibkan
seperti proses penukaran kad pengenalan bermutu tinggi pada 1990-an.
``Bagaimanapun, orang ramai perlu menukar kad pengenalan kepada KPPK atau KPTC
jika timbul keperluan seperti kehilangan, kerosakan dan permohonan pertama kali
pada usia 12 tahun.
``Kerajaan juga telah menetapkan kadar bayaran KPPK sebanyak RM20 dan KPTC
sebanyak RM10. Kos sebenarnya ialah RM33 dan kerajaan menanggung subsidi
RM13,'' katanya.
Sehingga kini, sebanyak 6,000 KPPK dan 30,000 KPTC telah dikeluarkan kepada
orang ramai sejak November lalu dan dijangka 600,000 akan dikeluarkan sehingga
Disember ini.
Abdullah berkata, pelaksanaan KPPK kerajaan itu akan membolehkan orang ramai
menikmati kemudahan-kemudahan perkhidmatan dengan lebih sempurna.
``KPPK kerajaan akan memudahkan pengesahan identiti kita, menukar alamat atau
memperbaharui lesen memandu tanpa perlu menukar kad, melalui proses pemeriksaan
imigresen secara elektronik, membuat bayaran melalui aplikasi E-Cash serta
lain-lain,'' ujarnya.
Katanya, kemudahan pindah turun maklumat dalam kad kepada hos yang lain akan
membantu ke arah membentuk sistem pentadbiran `tanpa kertas' yang mana
keperluan mengisi borang-borang maklumat diri boleh dikurangkan.
Kejayaan pelaksanaan itu juga, tambah beliau, telah menarik perhatian kerajaan
Singapura untuk mempelajari pengalaman Malaysia bagi membangunkan sistem KPPK
yang serupa di negara itu.PETALING JAYA 12 April - Malaysia mencatat sejarah
sebagai negara pertama di dunia mengeluarkan Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan
(KPPK) yang memuatkan pelbagai aplikasi kerajaan dan aplikasi pembayaran.

yang serupa di negara itu.
|