|
|
Archive 2000 >> Khidmat
'Online' Di 183 Cawangan JPN
 |
|
|
| >>
back |
|
Khidmat 'Online' Di 183 Cawangan JPN |
|
Berita Harian Sabtu 7 Oktober 2000
|
|
|
KAKITANGAN JPN, Razak Mohd (kiri) mengambil cap jari Timurah Mohd Abas sambil
diperhatikan Azizan (kanan) ketika melawat pejabat cawangan baru JPN di Seri
Kembangan, semalam.
|
|
SERDANG, Jumaat - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menawarkan perkhidmatan
online sepenuhnya menjelang akhir tahun depan apabila semua 183 cawangan
jabatan itu dilengkapi Sistem Informasi Rekod Penduduk Negara (Siren). Sistem
yang dilaksanakan secara berperingkat itu, sehingga kini menawarkan
perkhidmatan di 75 cawangan JPN.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Azizan Ayob berkata, menjelang akhir tahun ini,
jumlah itu akan meningkat kepada 105 jabatan di seluruh negara, terutama di
kawasan yang padat penduduk.
"Pelaksanaan Siren adalah sebahagian usaha mencapai sasaran kerajaan mengadakan
e-kerajaan dan masyarakat tanpa kertas," katanya kepada pemberita selepas
lawatan ke JPN Seri Kembangan, di sini, hari ini.
Pelaksanaan Siren yang berharga RM204 juta dibangunkan sejak tiga tahun lalu
bagi melaksanakan sistem maklumat bersepadu bagi kegunaan operasi di kaunter
semua pejabat JPN seluruh negara.
la meliputi Sistem Kelahiran, Sistem Kematian, Sistem Kad Pengenalan, Sistem
Kewarganegaraan, Sistem Pengangkatan, Sistem Perkahwinan, Sistem Siasatan dan
Penguatkuasa, Sistem Senarai Hitam dan Sistem Kutipan Hasil.
Azizan berkata, dengan pelaksanaan Siren di kebanyakan pejabat JPN, semua
permohonan bagi gantian kad pengenalan kerana hilang, pertukaran alamat atau
rosak, tidak perlu lagi menggunakan borang JPN01 tetapi hanya perlu mengisi
satu slip kertas bagi menyatakan nama, nombor kad pengenalan dan alamat.
Bagaimanapun, katanya, pengisian borang JPN01 masih diperlukan bagi permohonan
kad pengenaIan kali pertama pada usia 12 tahun."Dengan cara ini kita harap
dapat menjimatkan belania kira-kira setengah juta ringgit setahun dan
mempercepatkan proses urusan di kaunter serta pada masa yang sama bergerak
kepada era tanpa kertas," katanya.
Beliau berkata, 78 laqi pejabat JPN yang belum dilengkapi sistem itu adalah
pejabat JPN kecil dan terletak di kawasan penduduk tidak ramai seperti di
Lenggong, Perak, Cameron Highlands, Pahang serta di Sabah dan Sarawak.
Pejabat berkenaan menghadapi masalah bangunan yang tidak dilengkapi dengan
talian komunikasi serta bekalan elektrik konsisten, serta tidak dapat memberi
maklum balas segera. Bagaimanapun, beliau menjangka semua pejabat cawangan JPN
akan dapat dilengkapi dengan SIREN menjelang akhir tahun depan.
Setakat ini, 1.8 juta kad pengenalan, menggunakan gambar warna dan mempunyai
maklumat tambahan status kewarganegaraan dan agama pemilik, dikeluarkan melalui
Siren sejak ia dilaksanakan 18 bulan lalu.
Azizan berkata, penggunaan Siren juga dapat mengesan kes pemalsuan kad
pengenalan dengan mudah kerana penyemakan maklumat bukan sahaja berdasarkan cap
ibu jari, tetapi juga gambar pemilik kad pengenalan di dokumen terdahulu.
"Sistem ihi memberi kesan untuk mengurangkan usaha untuk meniru kad pengenalan
malah penguatkuasa lain juga boleh mengesan dengan segera dan mudah penggunaan
kad pengenalan palsu," katanya..
JPN juga sedang mengkaji kemungkinan untuk tidak mengeluarkan resit KP09 yang
diberikan kerada pemohon bagi permohonan kad pengenalan dan sebaliknya hanya
memberikan resit bayaran yang dilengkapi dengan maklumat permohonan kad
pengenalan bagi membolehkan pemohon mendapatkan kad pengenalan mereka.Selain
itu, ia juga akan memperkenalkan Kad Pelbagai Guna bulan hadapan. Cawangan Seri
Kembangan mula beroperasi 4 September latu, yang dibuka serentak dengan Ampang
Jaya, bertujuan memberikan perkhidmatan lebih menyeluruh kepada rakyat.
|
|
PETALING JAYA 12 April - Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama di
dunia mengeluarkan Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan (KPPK) yang memuatkan
pelbagai aplikasi kerajaan dan aplikasi pembayaran.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata,
projek itu adalah satu daripada tujuh aplikasi perdana yang dibangunkan di
bawah Koridor Raya Multimedia (MSC).
Menurutnya, KPPK memuatkan empat aplikasi kerajaan iaitu kad pengenalan, lesen
memandu, maklumat pasport dan kesihatan serta beberapa aplikasi pilihan seperti
MEPS-Tunai dan prasarana kekunci awam.
Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada majlis pelancaran
awal KPPK di Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha, Datuk Seri Aseh Che Mat dan
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Azizan Ayob.
Sebagai permulaan, katanya, KPP itu dikeluarkan di Lembah Klang dan akan
menggantikan kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) dan lesen memandu yang sedia
ada.
Beliau berkata, bagi kawasan di luar Lembah Klang, kerajaan telah melaksanakan
pengeluaran Kad Pengenalan Dengan Chip (KPTC) yang hanya memuatkan satu
aplikasi sahaja iaitu kad pengenalan.
KPTC, ujarnya, boleh ditingkatkan untuk memuatkan aplikasi-aplikasi lain
seperti KPPK apabila prasarana berkaitan dapat disiapkan pada pelaksanaan
peringkat nasional pada 2003.
Katanya, pelaksanaan KPPK akan dibuat secara sukarela dan tidak diwajibkan
seperti proses penukaran kad pengenalan bermutu tinggi pada 1990-an.
``Bagaimanapun, orang ramai perlu menukar kad pengenalan kepada KPPK atau KPTC
jika timbul keperluan seperti kehilangan, kerosakan dan permohonan pertama kali
pada usia 12 tahun.
``Kerajaan juga telah menetapkan kadar bayaran KPPK sebanyak RM20 dan KPTC
sebanyak RM10. Kos sebenarnya ialah RM33 dan kerajaan menanggung subsidi
RM13,'' katanya.
Sehingga kini, sebanyak 6,000 KPPK dan 30,000 KPTC telah dikeluarkan kepada
orang ramai sejak November lalu dan dijangka 600,000 akan dikeluarkan sehingga
Disember ini.
Abdullah berkata, pelaksanaan KPPK kerajaan itu akan membolehkan orang ramai
menikmati kemudahan-kemudahan perkhidmatan dengan lebih sempurna.
``KPPK kerajaan akan memudahkan pengesahan identiti kita, menukar alamat atau
memperbaharui lesen memandu tanpa perlu menukar kad, melalui proses pemeriksaan
imigresen secara elektronik, membuat bayaran melalui aplikasi E-Cash serta
lain-lain,'' ujarnya.
Katanya, kemudahan pindah turun maklumat dalam kad kepada hos yang lain akan
membantu ke arah membentuk sistem pentadbiran `tanpa kertas' yang mana
keperluan mengisi borang-borang maklumat diri boleh dikurangkan.
Kejayaan pelaksanaan itu juga, tambah beliau, telah menarik perhatian kerajaan
Singapura untuk mempelajari pengalaman Malaysia bagi membangunkan sistem KPPK
yang serupa di negara itu.PETALING JAYA 12 April - Malaysia mencatat sejarah
sebagai negara pertama di dunia mengeluarkan Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan
(KPPK) yang memuatkan pelbagai aplikasi kerajaan dan aplikasi pembayaran.

yang serupa di negara itu.
|
|
| >>
back |
|
|
|
|
|